ALAMAT

TEL : 0197055366
ALAMAT KAMI : NO. 45, TINGKAT ATAS, PEKAN JITRA 3, 06000 JITRA, KEDAH DARUL AMAN.

MENU

PAKEJ RAWATAN SELEPAS BERSALIN

Antara pakej yang ditawarkan di Lynn Beauty House ialah Pakej Rawatan Selepas Bersalin. Ia khusus bagi kaum-kaum ibu yang baru lepas melahirkan anak. Tujuan pakej rawatan ini ialah bagi mengembalikan kekuatan dalaman dan luaran wanita yang telah mengharungi proses mengandung dan melahirkan baby. Selain itu pakej ini juga bertujuan mengembalikan seri wajah dan kecantikan wanita yang baru bergelar ibu. Antara rawatan yang dimasukkan dalam pakej ini ialah bertangas, sauna, urutan badan tradisional, lulur halia, facial dan juga mandi susu Auraseri.

Tangas - Merapatkan dan memulihkan kembali faraj wanita selepas bersalin. Mempercepatkan pemulihan kesan jahitan dan luka selepas bersalin atau pembedahan.

Sauna - Melancarkan darah, meningkatkan imunisasi tubuh, mengecutkan urat peranakan yang kembang dan bagus untuk menyegarkan badan. 

Urutan Badan Tradisional - Dilakukan oleh bidan tradisional yang amat sesuai kepada ibu-ibu selepas bersalin.

Lulur Badan -  Menanggalkan sel kulit mati di samping menggalakkan pertumbuhan sel-sel baru yang lebih baik dan sihat. Menghaluskan kulit serta mencerahkan kulit.

Facial - Berfungsi untuk menyegarkan kulit wajah, mencerah dan memberi aura seri wajah yang lebih segar.

Mandi Susu AuraSeri - Kelebihan rawatan ini ialah ia mengharumkan kulit tubuh badan secara menyeluruh dan memberi aura tenaga positif.

Kesemua rawatan ini dimasukkan dalam satu pakej bagi memberi kemudahan kepada kaum ibu yang baru melahirkan anak. Harga yang ditawarkan amat murah dan berpatutan. Rawatan-rawatan ini juga boleh diambil secara berasingan bergantung kepada keperluan dan kehendak pelanggan. Sila hubungi atau sms Lynn di nombor 019-7055366 untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut. 
   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan