Assalamualaikum semua....
Ramai yang bertanya samada Lynn turut menyediakan rawatan untuk kaum lelaki. Untuk makluman, Lynn Beauty House adalah khusus untuk WANITA sahaja. Exclusive untuk wanita @ muslimah saja ye. Bukan apa, tujuan Lynn ialah supaya pelanggan-pelanggan selesa bila berada di sini. Maklumla bila dah datang ke spa untuk buat facial, urut, lulur atau apa-apa rawatan pun dah tentu terpaksa membuka aurat yang tak boleh dilihat oleh lelaki. So. that's why Lynn tak mahu ambil customer lelaki. Lynn seboleh-bolehnya nakkan pelanggan yang datang ke sini rasa selesa dan rileks.
Lynn juga berhasrat nak jadikan spa ni sebagai one stop center untuk penjagaan dari hujung kaki hingga ke hujung rambut untuk para wanita khususnya muslimah kita. Maksudnya apa saja rawatan yang berkaitan dengan kecantikan ada di sini. Tak banyak spa bumiputera yang ada rawatan lengkap terutamanya membabitkan penjagaan rambut. Kalau nak potong rambut terpaksa ke salun yang bercampur lelaki dan perempuan. Insya Allah tak lama lagi harap-harap akan menjadi kenyataan. Usaha ke arah tu masih lagi dalam proses. Buat masa sekarang pun boleh dikatakan hampir semua rawatan muka dan badan ada disediakan di sini. Facial, resdung, urut tradisional, sauna, refleksologi, mandi susu, bleaching, lulur, skrub badan dan macam-macam lagi ada di Lynn Beauty House ni. Cuma tak lama lagi Lynn nak tambah servis salun rambut, manicure & pedicure dan pakej untuk slimming (menguruskan badan). Semua doakan Lynn ye. Maklumla nak tambah servis mesti perlukan modal dan staf yang lebih kan. So, Lynn memang tengah berusaha keras sekarang ni. Masih lagi dalam proses survey peralatan/mesin yang perlu dan tambah kemahiran melalui kursus-kursus profesional. Semoga Allah permudahkan apa yang Lynn usahakan ni. Amin.