ALAMAT

TEL : 0197055366
ALAMAT KAMI : NO. 45, TINGKAT ATAS, PEKAN JITRA 3, 06000 JITRA, KEDAH DARUL AMAN.

MENU

Urutan Terapi "Hot Stone"

Urutan terapi “hot stone" atau juga dikenali sebagai "lava stone massage” adalah sejenis urutan istimewa di mana juruterapi menggunakan batu licin yang dipanaskan (sebagai tambahan kepada urutan menggunakan tangan) dengan meletakkan batu-batu tersebut di atas permukaan belakang badan, kaki, tangan mahupun muka. Kehangatan haba dapat menenangkan dan merehatkan otot-otot supaya juruterapi dapat mengurut dengan lebih berkesan. Kaedah menggunakan “hot stone” atau batu panas ini sebenarnya kaedah tradisional yang digunakan sejak dahulu kala di seluruh dunia bagi merawat otot dan urat yang bermasalah atau sakit. Kaedah bertungku yang diamalkan ke atas wanita baru bersalin juga merupakan salah satu contoh menggunakan konsep yang hampir sama dalam masyarakat Melayu. Malah kaedah ini turut dipraktikkan oleh kaum asli Indian di Amerika sejak zaman berzaman bagi melegakan sakit otot.


Antara kebaikan kaedah urutan “hot stone” selain merawat otot dan urat ialah meningkatkan peredaran darah, menyingkirkan toksin serta memberi ketenangan kepada tubuh dan juga minda. Kesan detoks juga menyebabkan urutan ini menyingkirkan lemak dan selulit. Selain itu, bahagian tubuh yang terdedah kepada haba akan menyerap khasiat daripada minyak urutan meninggalkan kesan kulit semakin lembut, anjal dan lembap. Terapi ini amat sesuai bagi wanita yang ingin merehatkan badan dari kesibukan seharian selain menghilangkan stres kerana hasilnya amat berbeza daripada urutan biasa. Ia boleh diaplikasikan ke bahagian-bahagian tertentu tubuh seperti belakang badan, leher, bahu, muka, kaki atau pun tangan mengikut keperluan. Batu-batu yang digunakan bukanlah batu yang biasa kerana ia menggunakan batu jenis basalt yang biasanya diperolehi dari kawasan gunung terbentuk daripada lava cecair. Batu jenis basalt mampu menyimpan haba dengan lebih lama dan efektif berbanding batu-batu lain. 


Bagi yang ingin merehatkan tubuh sambil menghilangkan stres bolehlah cuba terapi "hot stone" ini. Sila hubungi Lynn melalui 019-7055366 (WhatsApp,call,sms) untuk sebarang pertanyaan.



# hot stone # hot stones # therapy # terapi # urut # urutan # batu panas # haba # batu lava gunung berapi # tradisional # massage