Samada ingin tenangkan fikiran, rehatkan badan, mencantikkan kulit atau sekadar untuk memanjakan diri anda maka Lynn Beauty House adalah tempatnya. Terletak di tengah bandar Jitra, pintu kami sentiasa terbuka untuk anda. Beroperasi sejak tahun 2010, Lynn Beauty House menawarkan pelbagai perkhidmatan khususnya berkaitan dengan kecantikan. Variasi rawatan muka dan badan seperti facial, rawatan resdung, urutan badan, lulur, sauna, refleksologi, mandi susu, mandi garam, mandi bunga, sauna, solekan, spa tangan dan kaki serta banyak lagi rawatan disediakan untuk dipilih pada harga yang amat berpatutan. Di sini, kami akan membantu anda memilih rawatan dan juga produk yang sesuai dengan diri anda. Paling terbaru, kini kami turut menawarkan perkhidmatan rawatan rambut menjadikan Lynn Beauty House sebagai sebuah pusat spa dan salon yang lengkap.
Lynn Beauty
House dilengkapi dengan bilik-bilik rawatan dan peralatan yang mampu
memberi keselesaan kepada anda. Yang paling penting spa ini hanya khusus
untuk kaum wanita sahaja. Ini bagi mewujudkan keselesaan dan ketenangan
kepada semua pelanggan kami terutamanya muslimah. Kami menggabungkan
elemen-elemen tradisional dan moden dari segi rawatan dan perkhidmatan.
Unsur-unsur rawatan tradisional diterapkan selain digabungkan dengan
penggunaan mesin dan peralatan bagi menambah keberkesanan ke atas
rawatan yang dilakukan. Dari segi produk pula, kami menggunakan pelbagai
produk tempatan dan antarabangsa seperti Mary Kay, Sri Mawar, de Wajah, SriSari Herbs, Natasya, Shakila Beauty, herba
& minyak tradisional dan lain-lain. Pemilihan produk yang sesuai
perlu diberi penekanan kerana ia bergantung kepada kesesuaian kulit dan
tiada kesan sampingan. Bagi rawatan rambut, kami turut menggunakan
jenama seperti Loreal, Shiseido dan lain-lain yang disesuaikan dengan
jenis rambut dan mengikut bajet para pelanggan kami.