ALAMAT

TEL : 0197055366
ALAMAT KAMI : NO. 45, TINGKAT ATAS, PEKAN JITRA 3, 06000 JITRA, KEDAH DARUL AMAN.

MENU

SELAMAT DATANG KE LYNN BEAUTY HOUSE , JITRA



Samada ingin tenangkan fikiran, rehatkan badan, mencantikkan kulit atau sekadar untuk memanjakan diri anda maka Lynn Beauty House adalah tempatnya. Terletak di tengah bandar Jitra, pintu kami sentiasa terbuka untuk anda. Beroperasi sejak tahun 2010, Lynn Beauty House menawarkan pelbagai perkhidmatan khususnya berkaitan dengan kecantikan. Variasi rawatan muka dan badan seperti facial, rawatan resdung, urutan badan, lulur, sauna, refleksologi, mandi susu, mandi garam, mandi bunga, sauna, solekan, spa tangan dan kaki serta banyak lagi rawatan disediakan untuk dipilih pada harga yang amat berpatutan. Di sini, kami akan membantu anda memilih rawatan dan juga produk yang sesuai dengan diri anda. Paling terbaru, kini kami turut menawarkan perkhidmatan rawatan rambut menjadikan Lynn Beauty House sebagai sebuah pusat spa dan salon yang lengkap. 

Lynn Beauty House dilengkapi dengan bilik-bilik rawatan dan peralatan yang mampu memberi keselesaan kepada anda. Yang paling penting spa ini hanya khusus untuk kaum wanita sahaja. Ini bagi mewujudkan keselesaan dan ketenangan kepada semua pelanggan kami terutamanya muslimah. Kami menggabungkan elemen-elemen tradisional dan moden dari segi rawatan dan perkhidmatan. Unsur-unsur rawatan tradisional diterapkan selain digabungkan dengan penggunaan mesin dan peralatan bagi menambah keberkesanan ke atas rawatan yang dilakukan. Dari segi produk pula, kami menggunakan pelbagai produk tempatan dan antarabangsa seperti Mary Kay, Sri Mawar, de Wajah, SriSari Herbs, Natasya, Shakila Beauty, herba & minyak tradisional dan lain-lain. Pemilihan produk yang sesuai perlu diberi penekanan kerana ia bergantung kepada kesesuaian kulit dan tiada kesan sampingan. Bagi rawatan rambut, kami turut menggunakan jenama seperti Loreal, Shiseido dan lain-lain yang disesuaikan dengan jenis rambut dan mengikut bajet para pelanggan kami.

Silalah berkunjung dan nikmati pengalaman istimewa anda di Lynn Beauty House. Kami sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda. Hubungi kami di 019-7055366 untuk maklumat lanjut.



4 ulasan: