ALAMAT

TEL : 0197055366
ALAMAT KAMI : NO. 45, TINGKAT ATAS, PEKAN JITRA 3, 06000 JITRA, KEDAH DARUL AMAN.

MENU

FAEDAH RAWATAN MUKA/FACIAL

Wanita perlu menjaga kesihatan kulit muka agar sentiasa nampak muda jelita.Bagi wanita yang mengutamakan kecantikan, tentu mahu memelihara seri wajah agar nampak sentiasa muda, menawan dan ceria. Ada banyak element yang boleh memudaratkan kesihatan kulit seperti pancaran matahari, asap,... habuk dan rutin seharian yang secara tidak langsung menjejaskan kesihatan kulit t...anpa kita sedari. Ini menyebabkan kulit muka menjadi gelap,berbintik dan mula berkedut. Rawatan facial menawarkan peluang mendapatkan khidmat juru kecantikan bagi memperbaiki tahap kesihatan kulit muka dengan lebih teliti dan berkesan, berbeza dengan cara yang biasa kita lakukan di rumah
.Kaedah dan bahan yang digunakan menjamin keberkesanan rawatan ini. Selain itu facial juga menawarkan teknik rawatan yang selesa, urutan muka dan mampu menenangkan minda anda..

KEBAIKAN RAWATAN SPA


Spa biasanya menawarkan gabungan beberapa jenis kaedah perawatan termasuk terapi gelombang air (hydrotherapy), terapi panas (thermotherapy), terapi elektrik (electrotherapy), terapi urutan, refleksologi, terapi warna, terapi muzik, terapi ramuan tumbuhan atau jamu, terapi zat makanan, meditasi dan rawatan mengikut pendekatan agama. Bergantung kepada keperluan dan tubuh pengunjung individu, semua kaedah rawatan di spa dapat memberikan kesan positif jika dilakukan dengan cara yang betul.

Spa berupaya menyembuhkan penyakit dalaman, menyegarkan tubuh badan selain memberi tenaga dan oksigen serta menegangkan otot, menghaluskan kulit, meningkatkan daya tahan tubuh dalam melawan penyakit, meningkatkan proses metabolisme tubuh, mengurangkan ketegangan dan menenangkan fikiran.

TIP KEKAL CANTIK DAN MENARIK


Salam bahagia, salam ceria dan salam mesra.

Setiap wanita memang ingin kelihatan sentiasa cantik. Malah bukan sahaja diri wanita itu sendiri, malah si suami dan anak-anak mereka juga mahu melihat insan yang mereka sayang kelihatan cantik dan menarik.

Untuk cantik, awda disarankan minum banyak air. Elakkan minuman bergas atau air berperisa seperti kopi dan teh.

Amalkan meminum air suam atau air mineral. Dengan meminum banyak air bersih awda mudah membuang toksin dalam badan. Menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan.

Bersenam selalu, ia baik untuk jasmani dan rohani. Berjalan di sekitar rumah pun merupakan suatu bentuk senaman yang mudah. Jangan malas untuk bersenam.

Selepas bangun tidur, disiplinkan diri awda untuk melakukan sedikit senaman renggangan untuk melancarkan kembali peredaran darah.

Jangan merokok, merokok merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan.

Cukup tidor, jangan selalu berjaga malam. Kurangnya tidur akan membuat awda kelihatan lebih tua dan mata lebam.

Makan jangan berlebihan. Awda perlu mesti makan tetapi jangan berlebihan. Makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan memberikan tenaga dan vitamin yang diperlukan tetapi pastikan ia menu sihat.

Selamat mencuba.