ALAMAT

TEL : 0197055366
ALAMAT KAMI : NO. 45, TINGKAT ATAS, PEKAN JITRA 3, 06000 JITRA, KEDAH DARUL AMAN.

MENU

TIP KEKAL CANTIK DAN MENARIK


Salam bahagia, salam ceria dan salam mesra.

Setiap wanita memang ingin kelihatan sentiasa cantik. Malah bukan sahaja diri wanita itu sendiri, malah si suami dan anak-anak mereka juga mahu melihat insan yang mereka sayang kelihatan cantik dan menarik.

Untuk cantik, awda disarankan minum banyak air. Elakkan minuman bergas atau air berperisa seperti kopi dan teh.

Amalkan meminum air suam atau air mineral. Dengan meminum banyak air bersih awda mudah membuang toksin dalam badan. Menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan.

Bersenam selalu, ia baik untuk jasmani dan rohani. Berjalan di sekitar rumah pun merupakan suatu bentuk senaman yang mudah. Jangan malas untuk bersenam.

Selepas bangun tidur, disiplinkan diri awda untuk melakukan sedikit senaman renggangan untuk melancarkan kembali peredaran darah.

Jangan merokok, merokok merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan.

Cukup tidor, jangan selalu berjaga malam. Kurangnya tidur akan membuat awda kelihatan lebih tua dan mata lebam.

Makan jangan berlebihan. Awda perlu mesti makan tetapi jangan berlebihan. Makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan memberikan tenaga dan vitamin yang diperlukan tetapi pastikan ia menu sihat.

Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan