Terdapat banyak sebab mengapa wanita mendapatkan rawatan di spa atau pusat kecantikan.
Ramai yang pergi ke spa untuk merehatkan minda dan fikiran. Ada yang berjumpa
dengan jurukecantikan untuk dapatkan nasihat, rawatan kulit muka dan
sebagainya. Mungkin juga untuk mendapatkan rawatan bagi masalah seperti
jerawat, jeragat, garisan kedut di muka, pigmentasi dan lain-lain. Sesetengah
pula suka melihat kulit wajah yang berseri-seri dan licin selepas buat rawatan
muka. Memang beza bila kita buat facial di spa, sebab produk-produk yang
digunakan tak sama dengan yang digunakan di rumah. Biasanya produk yang
digunakan di spa memang khusus untuk rawatan kulit, dan juga produk tu ikut
jenis kulit muka pelanggan. Produk dan rawatan bergantung kepada jenis kulit
dan masalah kulit pelanggan.
Ramai juga
yang pergi spa hanya untuk rehatkan fikiran dan hilangkan stress. Ini merupakan
satu fakta. Kajian menunjukkan sebab nombor 1 wanita ke spa adalah untuk hilangkan tekanan dan tenangkan minda. Mungkin ramai beranggapan sebelum ini bahawa bila ada masalah kulit muka barulah perlu ke spa. Salah tu. Berkunjung ke spa sebenarnya memberi anda ruang untuk berehat, menyegarkan diri dan mengembalikan tenaga. Rawatan di spa adalah satu bentuk terapi untuk wanita. Rawatan seperti urutan badan pula dapat membantu melancarkan darah, menyegarkan otot, meningkatkan kualiti tidur dan meningkatkan tumpuan minda. Banyak sebenarnya rawatan di spa, tak kiralah rawatan muka atau badan, yang pasti semua orang boleh ke spa. Spa bukan hanya untuk golongan kaya saja, rawatan di spa kini banyak yang murah-murah dan harga sangat-sangat berpatutan terutamanya di Lynn Beauty House...hehe ;-). Bagi yang biasa ke spa memang dah tahu kan?Tapi yang belum pernah, tunggu apa lagi?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan