ALAMAT

TEL : 0197055366
ALAMAT KAMI : NO. 45, TINGKAT ATAS, PEKAN JITRA 3, 06000 JITRA, KEDAH DARUL AMAN.

MENU

Facial Microderm

Setiap wanita pasti mahukan kulit wajah yang sempurna tanpa cela. Namun, jeragat merupakan salah satu masalah yang menghantui kaum wanita. Apa itu jeragat? Jeragat adalah bintik-bintik hitam yang wujud khususnya pada kulit muka berpunca daripada beberapa sebab. Antara punca yang menyebabkan berlakunya jeragat ialah seperti penggunaan kosmetik yang tidak sesuai dengan kulit, kesan pengambilan pil perancang, terdedah kepada matahari, faktor keturunan dan lain-lain.

Terdapat beberapa kaedah untuk merawat jeragat. Antaranya seperti teknik pengelupasan kulit, rawatan laser, microdermabrasion dan penggunaan krim. Di Lynn Beauty House, kami menggunakan teknik "microdermabrasion" atau dikenali "microderm" iaitu rawatan yang menggunakan sejenis mesin khas untuk kulit muka. Mesin ini juga dikenali sebagai "diamond peel" atau "pengelupasan berlian". Alat ini akan menghasilkan pengelupasan secara mekanikal di mana ia akan disusuli dengan penggunaan krim khusus untuk rawatan jeragat. Pelanggan tidak perlu risau kerana pengelupasan yang dihasilkan amat halus strukturnya dan tidak menghasilkan kesan sampingan. Disebabkan strukturnya yang halus maka ia digelar "pengelupasan berlian". Ia juga tidak menyakitkan kulit dan selamat.

Rawatan secara berterusan akan menghasilkan kulit yang halus, cerah dan berseri-seri. Namun harus diingat, tidak semestinya rawatan 1 kali sahaja maka kesan jeragat terus akan hilang sepenuhnya. Masalah jeragat kebiasaannya akan mengambil masa untuk pulih namun telah terbukti bahawa kaedah "microdermabrasion" ini antara kaedah yang paling berkesan untuk menghilangkan masalah jeragat. Malah kaedah ini juga dapat menghilangkan masalah kulit muka yang lain seperti parut, kedut-kedut, tona kulit tidak sekata dan lain-lain. Rawatan secara kerap dan berterusan akan menghasilkan kulit yang lebih halus, cerah dan kemerah-merahan seperti kulit bayi kerana sel kulit muda diserlahkan ke permukaan. Maka tidak hairanlah penggunaan teknik ini amat berjaya dan mula popular kini. 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Lynn di nombor 019-4739776 atau berkunjung terus ke Lynn Beauty House di alamat No. 45, Tingkat Atas, Pekan Jitra 3, 06000 Jitra, Kedah.    


Tiada ulasan:

Catat Ulasan