ALAMAT

TEL : 0197055366
ALAMAT KAMI : NO. 45, TINGKAT ATAS, PEKAN JITRA 3, 06000 JITRA, KEDAH DARUL AMAN.

MENU

SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM) JURUTERAPI ESTETIK

Alhamdulillah...

Lynn kini dah dapat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Juruestetik Tahap 2 dan Juruterapi Estetik Tahap 3 daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Kursus "Estetik" ini meliputi modul-modul kemahiran yang diperlukan untuk bergelar Juterapi Kecantikan Bertauliah. Sijil ini diperolehi melalui kursus Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) iaitu sebuah program JPK di bawah Kementerian Sumber Manusia yang mengiktiraf pengalaman individu yang terlibat di dalam industri spa dan kecantikan. Walaupun Lynn telah lama terlibat dengan industri ini dan mempunyai sijil-sijil kemahiran spa/kecantikan, namun kebanyakan kursus yang Lynn hadiri sebelum ini adalah di institusi swasta. Untuk dapat sijil SKM Tahap 2 dan 3 ni, Lynn perlu menguasai banyak kemahiran seperti rawatan kulit muka, urutan, rawatan slimming, mahir menggunakan pelbagai mesin spa,rawatan kuku, mekap dan banyak lagi. Bukan saja skil kecantikan, kemahiran lain seperti pengurusan spa, aspek keselamatan pelanggan & spa, kebersihan peralatan spa, skil melayan pelanggan dan marketing juga kena mahir. Lebih penting lagi Lynn perlu belajar untuk mengenalpasti masalah pelanggan (seperti masalah kulit, badan & lain-lain) serta cara untuk memberi konsultasi bagi rawatan yang sesuai dengan masalah mereka.

Untuk bergelar Juruterapi Kecantikan Bertauliah, maka Lynn berhempas-pulas juga ambil SKM walaupun dah lama buka bisnes spa sendiri. Sebabnya kerana sijil SKM ni diiktiraf oleh kerajaan. Dulu, Lynn belajar di akademi swasta memang la dapat banyak ilmu tetapi sijilnya semacam tidak diiktiraf dari segi akademik. Selain kursus, dulu Lynn juga pernah menimba pengalaman dengan bekerja di spa-spa yang dah lama established. Sekarang ni nampaknya dah tercapai hasrat Lynn untuk mempunyai SKM dalam bidang kecantikan. 

Sijil-sijil kursus kecantikan yang Lynn hadiri
Nilah antara sijil-sijil hasil menuntut ilmu dalam bidang kecantikan. Kebanyakan hasil daripada menghadiri kursus-kursus di akademi swasta dan kursus-kursus pendek di Kolej Komuniti. Semuanya bertujuan untuk meningkatkan lagi kemahiran Lynn dan paling penting adalah bagi memberikan servis berkualiti dan 'up to date' kepada customer. Sekarang dah dapat SKM Tahap 2 dan 3 pula. Insya Allah lepas ni akan cari lagi kursus-kursus lain untuk tambah lagi ilmu. Makin banyak belajar rasa makin banyak pula benda yang tak tahu. Apa pun doakan Lynn ya....

Just untuk perkongsian ilmu, sebenarnya bidang kemahiran mempunyai tahap-tahapnya setaraf dengan bidang-bidang akademik lain. Sebagai contoh, Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) terdiri daripada Tahap 1, 2 dan 3. Seterusnya boleh sambung ke peringkat Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) iaitu Tahap 4. Tahap 4 ni adalah setaraf dengan diploma yang diperolehi daripada IPT. Kemudian, ada lagi Tahap 5 iaitu Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) yang setaraf dengan ijazah sarjana muda. Ya, jangan terkejut kerana ia sememangnya diiktiraf oleh kerajaan. Individu yang mempunyai sijil/diploma kemahiran ini juga boleh memohon jawatan kerajaan seperti jawatan teknikal atau pun tenaga pengajar di institusi pendidikan yang tertentu. Ini kerana ia diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebagai syarat untuk lantikan ke jawatan yang sesuai dengan bidang yang dipelajari. Jadi sesiapa yang berminat dalam bidang kemahiran tak kiralah bidang apa pun, teruskan minat tersebut dengan belajar sungguh-sungguh dan dapatkan sijil yang diiktiraf. Mempunyai sijil yang diiktiraf tidak semestinya hanya untuk tujuan mohon jawatan kerajaan, tetapi boleh gunakan kemahiran tersebut untuk buka bisnes sendiri dan bergelar usahawan. Customer pun tentu lebih yakin kepada usahawan yang mempunyai sijil diiktiraf. Apa pun selamat berjaya.....





# sijil kemahiran malaysia skm # diploma kemahiran malaysia dkm # diploma lanjutan kemahiran malysia dlkm # terapi kecantikan  # terapi estetik # juruterapi estetik # juruterapi kecantikan bertauliah # juruterapi spa # pengiktirafan pencapaian terdahulu ppt # jabatan pembangunan kemahiran jpk # pentauliahan ppt # juruestetik # juru estetik # juruterapi estetik # juru terapi estetik # kementerian sumber manusia

9 ulasan:

  1. boleh saya tahu dimana boleh sambung skm 3?

    BalasPadam
  2. akak boleh pm saya please 01163787574

    BalasPadam
  3. Dah 4series ni rasa macan nak btukar bidang..saya bminat dlm asthetic..dari mana harus saya bmula?
    Boleh bg suggestion?

    BalasPadam
  4. Ada brochure promosi tak? Saya nak sebar luas pada anak2 murid saya yg berminat

    BalasPadam
  5. Saya nak mohon dkm tahap 4..

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum kak..
    Saya nak mula dari awal untuk belajar bahagian estetika ni..
    Boleh tunjuk ajar mcm mana..dan dari mana saya nak mula/nak mohon apply utk mula belajar tentang ilmu estetika ni.. harap sgt akk dpt membantu sya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini no telefon saya akk.. utk akk lebih mudah contact saya +601121726425

      Padam